| |
[Sep. 26th, 2008|01:53 am] |

I found this old photograph of a 6 years old me today.
Yay, in a week or so he's going to be 24! |
|
|
| Fasting |
[Sep. 25th, 2008|01:27 am] |
Something that I used to do (and not so proud of).
I used to drink pipe water because I can't stand the heat of the day.
Especially after walking back from school.
Now, however, I learnt to deal with working hard under the hot, hot sun and still maintain my fasting ritual. When other people drink Spritzer and 100 Plus and packed fruit drinks, I asked them to drink another one for me.
Childhood, ahhh it's fun. |
|
|
| Balik kampung!!!!!! |
[Sep. 25th, 2008|12:48 am] |
Hey y'all! Selamat datang ke edisi terbaru kehidupan pojam dan rakan rakan imaginasi pojam! Kalau y'all nak tau, sekarang pojam dah sampai kat kampung. Pojam bawak kereta tau, 7 jam gitu. Pojam keluar lepas sahur, pojam pandu dengan anak saudara pojam yang menumpang balik.
Kalau y'all nak tau, Banjaran Malaysia ni agak indah di waktu pagi sebenarnya. Y'all kalau pandu waktu pagi, y'all dapat lihat banjaran titiwangsa dilindungi dengan kabus pagi yang sangat indah. Y'all bayangkan cuaca sejuk lebih kurang dekat Cameron Highlands pastu matahari sempoi malu malu kucing bersembunyi di belakang gunung/bukit yang luas terlintang, memang serene habis tau. Pojam ingat memang best orang yang tinggal dekat sini, sebab setengah tempat tu pojam drive pukul 9 pagi pon ada kabus lagi! Bayangkanlah pukul 9 pagi masih tak panas lagi (matahari takleh tembus kabus tebal lagi beb!), fuuh memang honeymoon spot habis. Anyway pojam bawak kereta tu berpandukan GPS yang pojam pasang dekat handphone nokia n73 pojam. Saja je nak tengok jalan dengan estimated arrival time. Pojam agak syorkan y'all pandu merentasi Peninsula Malaysia ni, best memandu jauh-jauh layan album pertama damn dirty apes (terima kasih ayman).
Sebelum sampai ke kampung, pojam ada berhenti dekat 2-3 kedai baju terpakai. Hasilnya memang cukup memuaskan hati sebab pojam dapat beli 2 helai baju dari jenama Muka Utara Demikian dan Pakaian Sukan Columbia dengan berharga RM 4 sehelai. Baju-baju ni kalau pojam beli dekat Penang mau dah kena RM 15-25 sehelai. Pastu hari ni (hari kedua pojam cuti) pojam pergi pasar siang (sebenarnya pasar malam tapi bulan puasa ada terawikh jadi diorang buat pasar siang kalau tak kena saman dengan majlis daerah) pojam dapat lagi 2 helai baju lengan panjang Muka Utara Demikian, manakala 2 baju lengan pendek berjenama Loceng Mont. Semua ni baju jenama outdoor. Pojam bukan apa, ada hati juga la nak pergi kembara luar pintu jadi pojam sediakan dulu baju-baju yang pojam boleh beli. Lagipun ada sikit terpengaruh dengan filem Into The Wild yang pasal mamat ni gila sangat nak pergi Alaska. Memburu, makan hasil buruan dan mengenali alam sekitar yang sangat indah. Walaupun cerita tu agak sedih pengakhirannya tapi tak apa pojam tak kisah.
Pojam sampai ke Jerteh dalam pukul 1 tengahari pastu pojam berhenti dulu di pusara ibu pojam. Agak bersemak juga jadi nanti pojam akan buat operasi-mengurangkan-semak-di-kawasan-pusara-ibu-pojam-dengan-adik-beradik-lelaki-pojam.
Ahhh. Pojam stress jugak ni pasal adik pojam, keputusan peperiksaan pra PMR nya agak teruk juga. Pojam tak tau nak sound macamana jadi pojam suruh dia ulangkaji je lah setiap malam. Pojam dulu belajar agak slack jugak itu pasal pojam kerja filem krew sekarang tapi itula, kalau tak nak belajar rajin-rajin, standby la kerja keras bila kena kerja. Kalau graduan UITM yang tak dapat-dapat kerja tu cerita lain :) Y'all belajar rajin-rajin boleh tak? Jangan bazirkan masa belajar, ini lah masa yang paling y'all akan rindukan di masa bekerja nanti. Serius ini bukan bergurau.
Anyway, di kampung ni, makanan memang best. Lauk berbuka semalam dah ada Ayam Pedas + Sup Tulang disertakan Serunding atau nama kampungnya Sambal Daging. Sahur pagi tadi jangan cakap la, ada gulai daging yang secukup rasa. Makan bersahur pun puas hati sangat. Berbuka hari ni ada lauk Sotong! Kalau y'all nak tau makanan kegemaran pojam memang sotong masak kunyit + kicap. Kakak pojam buat yang paling best di dalam dunia. Kalau nak sotong yang mahal sikit beli sotong katak. Memang puas hati.
Ni dah pukul 1.16 pagi, pojam mungkin tidur sebentar lagi. Pojam online pakai laptop office + maxis broadband (tapi hanya jaringan GPRS sahaja - sudah mencukupi). Esok banyak kerja nak buat urusan daddy, pastu mungkin kemudiannya pojam akan berangkat ke Kota Bharu, bak kata Tourism Malaysia - The Cradle of Malay Culture (geng-geng Tourism Malaysia ni dengar Cradle of Filth ke apa???)
Kota Bharu, the best place to come from.
Hell YEAH!
Moga bertemu lagi, selamat bersahur dan ingatlah orang yang tersayang. Kalau masih boyfriend-girlfriend tu, jangan lebih-lebih. Bila-bila masa je korang boleh putus cinta, tapi ini cerita lain kot? Nanti pojam sambung lagi okay?
Pojam sayang y'all!
p/s: MOGWAI dah nak release album baru nama dia The Hawk!!! Pojam tak sabar nak dengar. Wohoo an album to look forward to!
END |
|
|
| Information was not completed to send the email out. Please contact admin |
[Sep. 22nd, 2008|04:02 am] |
God have plans for us all (as much as I would like to deny this, I know I can never deny God's truth).
(so, thank you dear God).
(and keep listening). |
|
|